Tuesday, May 3, 2016

Kita yang merasa



Lembaran masa depan dibuka.
Diteroka segala isi tersirat.
Betapa terperinci.
Tersusun.
Terancang. Rapi.


Digaris dengan teliti.
Diukir penuh berhati-hati.
Diisi penuh warna. Sempurna.
Segalanya tampak sempurna di mata.
Hebat.


Begitu yang diharap dan dipinta.
Perjalanan yang diukir sendiri.
Dijangka membawa pulangan.
Dirasa bukan sekadar angan-angan.
Dan mungkin menjanjikan kebahagiaan.


Tiada kurang, tiada cacat.
Namun perlu juga diingat,
Doa, usaha dan keringat
Adalah makanan untuk segala perancangan.
Peneman untuk menanam harapan.


Jangan pula kita alpa
Bila diuji sedemikian rupa.
Persoal pula Tuhan,
"Mengapa?"
Mungkin kerana curahan nikmat selama ini.
Kita angkuh dan lupa diri.


Kerana perancangan Tuhan itu lebih hebat.
Siapa kita untuk menyangkal?
Siapa kita untuk menolak?
Kerana pasti.
Kebahagiaan tertulis olehNya kelak.




No comments:

Post a Comment