Saturday, March 5, 2016

Saya.



Assalamualaikum, saya Afiza. Nama penuh yang diberi setelah lahir adalah Afiza Qalilla binti Jamaludin. Nama yang saya sendiri kurang pasti apa maksudnya. Saya dilahirkan pada 30 September 1994 di Mentakab, Pahang.

Anak kedua dari empat adik beradik, saya mempunyai seorang abang dan dua orang adik. Kesemuanya masih belajar di berlainan negeri. Satu-satunya kelab kecil yang ada pertalian darah ditubuhkan untuk berusaha dan membantu antara satu sama lain demi membalas jasa orang tua kami kelak.

Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Logistik dan Pengangkutan dan kini berada di semester empat. Saya menetap di DPP Sime Darby dan alhamdulillah, saya menjalani kehidupan saya dengan baik.

Dahulu saya mempunyai cita-cita ingin menjadi seorang doktor, namun seperti kanak-kanak lain, impian itu bertukar dari hari ke hari. Dari seorang cikgu, kemudiannya chef, dan akhirnya saya di sini menerokai bidang perniagaan yang memberikan saya peluang untuk menjadi seorang ahli perniagaan khususnya dalam bidang logistik dengan izinNya.

Waktu lapang saya lebih terisi dengan pelbagai jenis sukan dan aktiviti membaca buku. Antara sukan yang saya lakukan sewaktu senggang adalah bola jaring dan juga tenis. Bahan bacaan yang saya minati setakat ini adalah Jibam karya Ujang serta novel bahasa Inggeris yang bertajuk Mockingbird, hasil tulisan Kathryn Erskine.

Bahan bacaan seperti ini membantu saya dalam bidang penulisan, kerana penggunaan bahasa dan jalan ceritanya yang menarik. Oleh kerana saya mempunyai minat dan impian rahsia dalam bidang penulisan, saya menyedari bahawa begitu banyak lagi yang saya perlu pelajari, dan kerana itulah, saya mengambil subjek Pengantar Penulisan. 

Pengenalan tentang diri saya ini diakhiri dengan harapan agar semua yang membaca sentiasa dilimpahi rahmatNya. 

Sekian.





No comments:

Post a Comment