Wednesday, March 30, 2016

Aktiviti di UUM.


Sama seperti universiti lain, UUM sangat menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti di luar bidang akademik untuk menghasilkan pelajar yang berkaliber. Pelbagai kelab dan persatuan serta program-program tamnbahan dianjurkan agar pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan baik.


Rutin mingguan saya seperti biasa, waktu pagi saya diisi dengan kuliah. Pada setiap petang, masa saya dihabiskan di Pusat Sukan UUM, samada diisi dengan latihan memanah atau sekadar beriadah di stadium Pusat Sukan. Pada waktu malam Isnin dan Sabtu pula, kelas silat akan diadakan. Sebagai ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia UUM (PSSCMUUM), latihan gerakan silat akan diadakan untuk mengajar ahli supaya lebih bersedia dengan serangan musuh. 


Pada minggu lalu, Pesta Buku Utara telah diadakan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM. Pelbagai jenis barangan dijual yang terdiri daripada buku terutamanya, seterusnya barangan elektronik, dan pakaian. Pesta tersebut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan, antaranya adalah persembahan dikir barat semasa hari perasmian.






Sampai di sini sahaja. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment